>

## UPDATED HARGA TERKINI - 03/03/2015 ## KLIK PAGE DIATAS ##

SALAM dan SELAMAT DATANG. Harga yang tertera adalah harga yang kami jual secara online. Harga adalah berbeza dengan ditempat lain. Buat perbandingan , Survey dahulu sebelum membeli. PILIH lah yang mana Murah, kami pun seperti Anda inginkan yang murah tapi berkualiti.. . Maaf di atas SALAH DAN SILAP sepanjang kami berurusan dengan ANDA SEMUA.. sekiranya terkasar bahasa, tidak dapat membalas CALL | SMS ataupun email. MAAF SEKALI LAGI..SOKONGAN ANDA SEMUA AMAT DIHARGAI... CALL/ SMS - 019 3883 320.. email : djr.xcel@gmail.com

handphone pilihan anda

Custom Search

Tuesday, July 30, 2013

Updated Harga - 30/07/2013..



Salam Sejahtera Buat Pelawat HandPHONE Murah Harga Terkini.



Updated Harga Terkini telah di senaraikan, lihat pada Model Handphone  -( page diatas atau di bawah ) untuk melihat harga terkini yang kami jual. Harga adalah berbeza dengan yang di luar.

Buat servey dahulu sebelum membeli, pilihlah yang mana murah.
Tidak ada paksaan untuk membeli dengan kami.

Sekiranya pembeli berada di sekitar Lembah Kelang - bolehlah pergi ke Plaza LowYat untuk membeli handphone tersebut ( harga tidak sama dengan yg kami jual ye ).

Tujuan utama blog ini adalah untuk memudahkan pembeli melihat harga sebagai rujukan sebelum membeli. Di samping memudahkan pembeli yang berada di luar Lembah Kelang mendapatkan handphone yang terbaru di pasaran dengan membeli secara online dengan kami.

Jutaan  TERIMA KASIH Buat para pembeli yang budiman..

- TERIMA KASIH DIATAS KEPERCAYAAN ANDA KEPADA KAMI -

Walaupun tidak pernah berjumpa hanya berurusan secara online sahaja..

Nota Buat Pembeli Online..
 Sekiranya anda berasa curiga atau tidak mempercayai  kami dalam perniagaan ONLINE .
Kami amat menyarankan agar anda tidak meneruskan pembelian secara online ini.
Tidak ada paksaan untuk membeli dengan kami.

Why queue when you can shop online? Delivers to your Doorstep!

Buy your new handPHONE at your doorstep - 019 3883 320..

Handphone Murah, Harga terkini


HTC ORI-RM
One 32GB 2060
One 64GB 2300
htc one S 1300
One X plus 64GB 1590
8S (window phone) 760
8X 1630
Htc butterfly 2050
htc one SV 1230
htc one x 16GB 1440
htc one x 32GB 1540
Wildfire S 410
Desire X 750
Desire C 560
Desire (A8181) 890


Terus Ketempat Anda..
Handphone Murah, Harga terkini Di Malaysia
Online Murah

Handphone Murah, Harga terkini
Online Murah - 019 3883 320

Like Fan Page..

http://www.facebook.com/pages/HandPHONE-Murah/234427269999216



Monday, July 29, 2013

Ramadhan - 10 malam Terakhir..







Tazkirah Untuk Kita Semua..

DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan. Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

A . Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

b. Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

c. Memperbanyak doa.

Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan. Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”

Sumber: 
 
 
 

Tuesday, July 9, 2013

SALAM RAMADHAN 1434H - 2013.



Ya Allah,
Muliakan dan Sayangilah Saudaraku ini, Bahagiakan Keluarganya, Berkati Rezekinya, Kuatkan Imannya. Berikanlah Kenikmatan Ibadahnya Di Bulan Ramadhan ini, 
Jauhkan dari segala fitnah. 
 Amin Ya Allah.

 Ya Allah
Perkayalah Saudaraku ini dengan Keilmuan.
Hiasi hatinya dengan Kesabaran.
Muliakan wajahnya dengan Ketaqwaan.
Perindalah fisiknya dengan Kesihatan.
Terimalah Amal Ibadahnya dengan Kelipat gandaan.

Karena Hanya Engkau Dzat Penguasa Sekalian Alam.
Amin Ya Allah.

 “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN 1434 H” 

Mohon Maaf Zahir dan Batin Di atas Salah dan Silap.



Ya Allah
Perkayalah Saudaraku ini dengan keilmuan.
Hiasi hatinya dengan kesabaran.
Muliakan wajahnya dengan ketaqwaan.
Perindalah fisiknya dengan kesehatan.
Serta terimalah amal ibadahnya dengan kelipat gandaan.
Karena hanya Engkau Dzat penguasa sekalian alam.
Marhaban Ya Ramadhan,,,,,,,,
Mohon maaf lahir dan bathin ..
Ya Allah
Perkayalah Saudaraku ini dengan keilmuan.
Hiasi hatinya dengan kesabaran.
Muliakan wajahnya dengan ketaqwaan.
Perindalah fisiknya dengan kesehatan.
Serta terimalah amal ibadahnya dengan kelipat gandaan.
Karena hanya Engkau Dzat penguasa sekalian alam.
Marhaban Ya Ramadhan
Mohon maaf lahir dan bathin ..

Jom Ber - Link Exchange..