>

## UPDATED HARGA TERKINI - 03/03/2015 ## KLIK PAGE DIATAS ##

SALAM dan SELAMAT DATANG. Harga yang tertera adalah harga yang kami jual secara online. Harga adalah berbeza dengan ditempat lain. Buat perbandingan , Survey dahulu sebelum membeli. PILIH lah yang mana Murah, kami pun seperti Anda inginkan yang murah tapi berkualiti.. . Maaf di atas SALAH DAN SILAP sepanjang kami berurusan dengan ANDA SEMUA.. sekiranya terkasar bahasa, tidak dapat membalas CALL | SMS ataupun email. MAAF SEKALI LAGI..SOKONGAN ANDA SEMUA AMAT DIHARGAI... CALL/ SMS - 019 3883 320.. email : djr.xcel@gmail.com
Create your own banner at mybannermaker.com!

handphone pilihan anda

Custom Search

Sunday, January 16, 2011

APA ITU ANDROID..



Mengenali Android.

Android adalah satu “Operation System” (OS) yang dibangunkan oleh Android Inc menggunakan “Linux” kernel untuk sistem operasi telefon, Android Inc dibeli oleh Google Inc pada tahun 2005 dan ia mula memasuki pasaran pada akhir 2009. Pada May 2010, Android telah menguasai 20% pasaran smartphone di Amerika menandingi Smartphone yang lain seperti windows os, iphone os dan blackberry os. Oleh kerana ia dibangunkan dari sistem linux, Google membekalkan Android Operating sistem secara percuma dan ia akan kekal percuma.

Evolusi Android

Android terbaru ketika ini telah ditambahbaik dari sistem Android yang pertama. Pertambahbaik ini biasanya dilakukan untuk membaiki “bug” atau menambah “features” sistem Android. Setiap versi Android yang ditambahbaik biasanya dikenali dengan nama Makanan Petang. Bermula dari Abjad A -Android kemudiannya C – Z (mungkin)

1. V1.5 Cupcake Dikeluarkan pada 30 April 2009

2. V1.6 Donut - Released 15 September 2009.

3. V2.0/2.1 Eclair - Released 26 October 2009.

4. V2.2 Froyo First SDK - Released on 20 May 2010.

5. Gingerbread - Tentatively scheduled for Q4 2010 launch.

6. Honeycomb - Scheduled for 2011 launch.

Kepelbagaian Jenama

Google telah memperkenalkan sistem partnership didalam membangunkan operasi Android. Bermakna sesiapa sahaja yang terlibat didalam membangunkan sistem Android berhak untuk mengeluarkan semikonduktor, komponen, processor, software malah telefon mereka sendiri dengan menggunakan operasi Android.




Kelebihan untuk mengubah sendiri paparan skrin.

Jika 2 telefon dari 2 pengeluar berbeza dibandingkan, perbezaannya mungkin sukar dicari. Setiap syarikat telefon bebas untuk mengubah sistem paparan Android untuk memudahkan pengguna mereka mengakses data dan maklumat, Dengan menggunakan sentuhan jari contohnya, Samsung menggunakan teknologi TouchWiz mereka pada paparan skrin, manakala HTC menggunakan Sense UI untuk telefon android mereka. Sony Ericsson pula menggunakan UXP Platform dan LG menggunakan S-Class UI. (Konsepnya hanya teknologi menggunakan jari) tetapi asas dan flow tetap sama iaitu Android.

Berbalik kepada pengguna Android, skrin paparan telefon android anda boleh diubah suai mengikut apa yang anda kehendaki (apa yang paling utama) bagi anda untuk berada di skrin hadapan. Android mempunyai 5 skrin paparan utama, dimana anda boleh letakkan Icon (seperti skrin komputer), widget dan shortcut.

Market Share (secara ringkas - more info : Klik jer..)

Telefon menggunakan platform Android semakin popular hari ini. Berbalik kepada semasa Android pertama kali diperkenalkan pada akhir 2009, Android hanya memiliki sekitar 4% dari pengguna smartphone dan ia terus bertambah (Feb.2010-9%,July.2010-13%). Walaupun Android OS diperkenalkan kurang dari setahun, pengguna yang memilih platform Android terus bertambah dengan pantas.

Gartner Inc meramalkan pada 2012, Android akan menjadi sistem operasi kedua paling banyak digunakan selepas Nokia Symbian OS.

Pada May 2010, jualan telefon Android mengatasi Iphone platform di Amerika. Android mula mendapat tempat mengikut jejak Sistem operasi Windows Mobile sebelum ini kerana Android mempunyai kepelbagaian pengeluar dan kepelbagaian “channel”.

Dikhabarkan pengguna Android terus bertambah setiap hari (10,000/day May 2010 -> 160,000/day Akhir June 2010 dan pada Ogos 2010, penguna Android bertambah seramai 200,000 setiap hari.


Peratusan pengguna Android OS mengikut Version

Android 2.1 (Eclair) – 41.7%
Android 2.2 (Froyo) – 28.7%
Android 1.6 (Donut) – 17.5%
Android 1.5 (Cupcake) – 12.0%
Jika anda inginkan telefon yang memberikan anda kebebasan untuk digunakan, beralih ke Android sekarang


Source Article: disini - Terima kasih - :)

1 comment:

  1. Admin patut tulis either each phone is Android or not...

    ReplyDelete

Jom Ber - Link Exchange..